Juara Larian Ritma, Larry LIbat

Nama: Larry Libat Nelson
Darjah: Tahun 6 (2017)
Acara: 100M, Lompat Tinggi dan 80M Lari Berpagar

Dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSRD Lawas yang diadakan pada 22 - 24 Februari 2017, Larry Libat Nelson telah menunjukkan disiplin dan semangat kesukanan yang sangat tinggi. Sikap rendah dirinya yang tinggi serta kepatuhannya kepada arahan dan nasihat para jurulatih amatlah disanjungi.

Beliau telah berjaya mendapat Emas dalam acara 80M Lari Berpagar dengan mencatat rekod ,13.50s. Selain itu, beliau juga telah mendapat Perak dalam acara Lompat Tinggi dengan ketinggian lompatan 1.28m.

Sikapnya ketika menhadapi MSSRD Lawas inilah yang patut menjadi inspirasi semua atlet di SK Trusan. Beliau amat fokus dengan tujuannya menyertai MSSRD Lawas ini. Jika disuruh berehat, beliau akan berehat, jika disuruh melakukan warming up, beliau akan lakukan juga tanpa sebarang soalan dan alasan.

Beliau telah terpilih untuk mewakili MSSRB Limbang ke peringkat Negeri Sarawak dalam acara 80M Lari Berpagar.

Beliau berjaya mendapat pingat perak dalam MSSRB Limbang dan tempat ke 4 dalam MSSRN Sarawak.

Begitulah atlet kita, Larry Libat Nelson.

Hayatilah aksi atlet kita dalam 80m lari berpagar (Lorong 1)



Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai